Skip to main content
HomeViral

Tun Mahathir: Tengku Mahkota Johor Ada Hak Untuk Mengkritik

By 14 Jun 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR,14 Jun — Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga mempunyai hak kebebasan bersuara.

“Selagi kerajaan mengamalkan kebebasan bersuara, Tengku Mahkota Johor itu juga mempunyai hak untuk bersuara… melainkan ada undang-undang yang melarang baginda untuk bebas bersuara,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ceramah Dangerous Ideas di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz yang meminta Tunku Ismail supaya tidak campur tangan dalam urusan politik negara atau beliau akan dikecam.

Terdahulu Nazri berkata Tunku Ismail perlu menjauhkan diri daripada politik dan jika tidak, beliau akan  ‘dibelasah’.

“Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang. Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik.

“Kamu memegang jawatan penting di negeri… kalau kerajaan “belasah” kamu balik, jangan marah,” katanya Nazri.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Nazri yang menegaskan Dr Mahathir hanyalah rakyat biasa dan tidak layak berdebat dengan perdana menteri, beliau mengakui sekadar rakyat biasa tetapi ideanya mendapat sokongan ramai.

“Dia (Nazri) kata begitu kerana mewakili orang yang membayarnya. Saya tiada siapa untuk dibayar. Tapi apabila saya lihat blog saya dalam masa sejam, kira-kira 1 juta rakyat menyokong saya.

“Adakah saya bersendirian? Saya fikir tidak. Saya rakyat biasa tetapi ramai yang menyokong idea saya. Apabila saya kata saya sendirian, mereka (rakyat) kata saya tidak sendirian. Saya tidak fikir saya bayar mereka,” katanya dalam nada sinis.

Terdahulu, Nazri menegaskan Dr Mahathir hanyalah rakyat biasa dan tiada untuk berdebat dengan perdana menteri.

“Saya tidak mahu perdana menteri merendahkan dirinya kerana beliau adalah PM manakala Dr Mahathir hanyalah rakyat biasa,” kata Nazri.

–The Star

Tinggalkan komen anda