
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Malaysiaaktif) — Polis masih memburu enam penjenayah warga asing yang menyamun dan merompak dua kediaman di Taman Tun Dr Ismail malam tadi.
Kesemua yang berjaya meloloskan diri dipercayai bersembunyi di Taman Persekutuan Bukit Kiara yang kini dikepung ketat.
Ketua Polis Daerah Brickfileds, Senior Asisten Komisioner Muhamad Azlee Abdullah mengesahkan kejadian itu.
Beliau berkata, “Operasi memburu enam lelaki bersenjata sedang giat dijalankan di sekitar taman rekreasi berkenaan…semua pintu masuk ke taman ditutup dan orang ramai dilarang masuk setakat ini.”