Skip to main content
HomeViral

14 Rebut Gelaran Miss/Mister Malaysia Borneo Tourism

By 24 Julai 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Dila Khamde

KUALA LUMPUR, 24 Julai 2015 (MalaysiaAktif) – Seramai 14 peserta akan bertanding di acara akhir merebut gelaran “ Miss dan Mister Malaysia Borneo Tourism” yang akan berlangsung pada 6 Ogos ini.

Bagi tahun ini, Bangunan Sultan Abdul Samad kekal sebagai lokasi acara kerana nilai seni dan sejarahnya.

Malaysia Borneo Cultural Festival hasil kerjasama antara Persatuan Kebudayaan dan Warisan Sabah (Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya), Panggau Singai Events dan pereka fesyen antarabangsa, Von Jolly Couture.

 

20150723_141536

 

Datuk Raymond Jolly, Penasihat BCONNECT menjelaskan, festival ini membuka ruang kepada orang ramai menimba pengetahuan serta pengalaman tentang budaya dan etnik masyarakat di Sabah dan Sarawak.

Ini merupakan tahun ke-2 festival ini diadakan dan BCONNECT: Malaysia Borneo Cultural Festival…Borneo & Beyond menjadi tema dengan matlamat untuk meneruskan usaha promosi ke Asia Tenggara dan seterusnya ke peringkat antarabangsa.

Naib Johan 2014, Ms Dhivya Dhyana berpendapat BCONNECT menyediakan platform baginya mempromosikan Borneo kepada orang ramai. Beliau merasa bertuah diberi peluang berkongsi ilmu dan pengalaman bersama rakan-rakan mengenai Sabah dan Sarawak.

Menurut Julie Jidiwin dari Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), ini merupakan satu inisiatif untuk memupuk budaya perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Dia juga berharap evolusi fesyen pakaian Sabah dan Sarawak akan terus berada dalam trend semasa.

Antara maklumat menarik yang ingin dikongsi termasuk acara dan pesta yang disambut di Sabah, seperti Festival Kelapa, Kaamatan, Jagung, Lipa-Lipa (Semporna), Rumbia, Gawai (Iban, Bidayuh, Orang Ulu).

Tinggalkan komen anda