Skip to main content
HomeViral

Bazar Ramadan Labuan Walk Rosak Dipukul Angin

By 5 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

LABUAN, 5 Julai — Kira-kira 30 gerai bazar Ramadan di Labuan Walk rosak dipukul angin kencang awal pagi Ahad.

Tinjauan BERNAMA mendapati turut rosak ialah beberapa gerai di bazar terminal teksi dan bas di Labuan Sentral Market dan Kampung Layang-Layangan.

“Angin kencang tiba-tiba melanda bazar. Saya hanya mampu melihat. Nasib baik tiada pembeli dan peniaga juga telah pulang ke rumah,” kata Roslan yang menyaksikan kejadian di Labuan Walk.

Bumbung sebuah kereta juga rosak akibat dihempap serpihan struktur bangunan yang jatuh di Financial Park Complex.

–BERNAMA

Tinggalkan komen anda