Skip to main content
HomeViral

Ibadah Tidak Boleh Tukar Ganti, Barangan Raya Boleh

By 10 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Dila Khamde

PUTRAJAYA, 10 Julai (Malaysiaaktif) – Terdapat peningkatan ke arah kebaikan pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan ini, apabila kebanyakan masjid masih penuh dengan umat Islam yang mengerjakan ibadah.

Ibadah seseorang tergantung kepada pelakunya sendiri dan tidak boleh ditukar ganti, manakala barangan persiapan untuk hari raya boleh dibeli.

Dalam proses perubahan bentuk dan pemikiran, hukum tetap tidak akan berubah.

Ini antara pesan Datuk Ustaz Kazim Elias pada Bicara Akhir Ramadhan Sempena Program Ihya Ramadhan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) semalam di Dewan Serbaguna, Kompleks KKMM, Putrajaya.

Ustaz Kazim berkata tiada alasan bagi mereka yang tidak mengerjakan solat, kerana kebanyakan masjid pada masa kini lengkap dengan penghawa dingin untuk keselesaan beribadah.

Nasihat beliau, umat Islam seharusnya berlumba dalam bab ibadat, terutama pada Ramadhan ini. Beliau memberikan sebagai contoh, usaha mengambil kesempatan pada waktu Sahur, iaitu waktu mustajab berdoa dan mengejar malam Lailatul Qadar.

Beliau juga berpendapat,  hari raya merupakan hari yang disambut dengan kegembiraan. Oleh itu, beliau menyarankan ziarah menziarahi antara orang hidup dan bukan yang mati.

Namun demikian, istilah itu tidaklah harus disalah tafsir. Menziarahi kubur bukan semestinya perlu dilakukan pada hari raya malah boleh dilakukan pada masa-masa lain.

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda