Skip to main content
HomeViral

Program Komuniti Bersama Golongan Etnik Rohingnya

By 4 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Malaysiaaktif) — Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pertubuhan Ikram Malaysia sekali lagi berganding bahu mengadakan program bersama etnik Rohingnya di Lembah Maju, Ampang sempena Ramadhan.

Majlis berbuka puasa yang diadakan pada Jumaat  antara program di bawah ‘Kempen Raikan Ramadhan MyCARE yang dilancarkan pada 16 Jun lalu.

Pakej sumbangan Hari Raya turut diberikan, termasuk baucar makanan bernilai RM 150, Pakaian Hari Raya, mainan kanak-kanak dan duit raya sebanyak RM 20.

Menurut Pegawai Kanan MyCARE, Roha Hassan, program iftar dan sumbangan ini merupakan inisiatif bagi membantu masyarakat Rohingnya dengan pengagihan beg, makanan, duit raya, pakaian raya serta mainan kepada kanak-kanak.

 

20150704020351

Pegawai Kanan MyCARE, Roha Hassan.

 

Program dijayakan hasil sokongan dan sumbangan ikhlas rakyat Malaysia.

‘Kita mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menyumbang, hinggakan dari Januari hingga Jun 2015 jumlah yang dihulurkan melalui MyCARE mencecah sejumlah RM222,400,” katanya.

Pihak MyCARE berharap sokongan dan sumbangan rakyat Malaysia akan berterusan supaya dapat meringankan beban segelintir komuniti etnik Rohingnya.

Sebelum ini, MyCARE turut menyantuni pelarian Rohingnya di Depot Imigresen Semenyih dan Lenggeng, Negeri Sembilan, Pusat Komuniti Rohingnya di Ampang dan anak-anak Rohingya di Madrasah Nur, Sungai Sekamat, Kajang.

 

20150704020122

 

Tinggalkan komen anda