Skip to main content
HomeViral

Tapei, Bongkol, Takei Tumpuan Bazar Ramadan Kubah Ria

By 5 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Abang Sardon

KUCHING, SARAWAK, 5 Julai (Malaysiaaktif) — Para pengunjung ke Bazar Ramadhan Kubah Ria yang ingin berbuka puasa dengan kuih tempatan tidak akan hampa kerana pelbagai juadah dijual di medan makanan tersebut.

Antara juadah popular laris dijual, termasuk tapei, bongkol dan takei, semuanya kuih tradisional tempatan yang diwarisi daripada nenek moyang sejak berzaman di Sarawak.

Berbanding gerai-gerai lain yang menjual juadah kebiasaan dihampir mana-mana bazar Ramadan di seluruh negara, gerai menjual tapei, bongkol dan takei sentiasa menjadi tumpuan.

 

 

Tinggalkan komen anda