Skip to main content
EkonomiHomeViral

Penstrukturan Semula Kompleks Bukit Jalil Lebih RM1Bil

By 10 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 10 Ogos  (Malaysiaaktif) – Penstrukturan dan pembinaan kemudahan baharu di Kompleks Bukit Jalil menjelang penganjuran Sukan SEA 2017 akan membabitkan kos sebanyak RM1 bilion.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegaskan pelaksanaan projek tersebut akan dibahagikan kepada dua fasa, iaitu sebelum dan selepas penganjuran temasya tahunan berkenaan.

 

KJ biru

Khairy di Majlis Hari Raya Kementerian Belia dan Sukan – Foto: Faris Fuad

 

“Ia membabitkan dua fasa merangkumi pembinaan kemudahan baharu dan kerja naik taraf untuk stadium sedia ada” katanya dalam sidang media di Majlis Hari Raya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Stadium Putra hari ini

“Kita akan bina sebuah pusat konvensyen tertutup yang baharu sebab satu stadium tertutup tidak cukup. Ia akan dibina di tapak letak kereta di depan stadium utama.”

Dalam pada itu, Khairy turut menjelaskan penggunaan dana yang agak  banyak itu bukan hanya untuk memberi keselesaan kepada atlet tetapi bagi menjana pendapatan Perbadanan  Stadium Malaysia.

 

Tinggalkan komen anda