Skip to main content
EkonomiHomeViral

Lebih 10, 000 Bumiputera sertai BAHTERA 2015

By 19 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Malaysiaaktif) – Pelbagai persoalan tentang selok-belok perniagaan akan terungkai dalam program BAHTERA 2015.

BAHTERA bakal menampilkan ramai personaliti dan usahawan berpengalaman untuk berkongsi pengetahuan  ke arah menjadi usahawan bumiputera yang berjaya.

Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia, Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah lebih 10000 bumiputera yang telah mendaftar akan diberikan pelbagai peluang untuk menggunakan kepintaran perniagaan, pemasaran melalui penggunaan teknologi, penjenamaan dan model baharu perniagaan.

 

baht2

 

Pelbagai jurang informasi yang membelenggu usahawan bumiputera pastinya dapat diatasi menerusi program yang bertemakan Bumipreneurs of Tomorrow ini.

Salah seorang pengunjung, Mejar Mohammad Qayyum A. Badaruddin yang ditemui di Zon Pitching cukup bersemangat mengetengahkan idea perniagaan motivasi dan seminarnya amat berharap dapat bekerjasama dengan pelbagai agensi lain.

Beliau yang juga seorang penulis buku, menganggap BAHTERA berjaya membina fakulti daya fikir dengan memberi peluang kepada Bumiputera untuk terus maju dalam bidang keusahawanan.

BAHTERA 2015 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini telah dirasmikan oleh Najib di Kuala Lumpur Convention Centre petang tadi.

 

IMG_0711

 

Tinggalkan komen anda