Skip to main content
HomeViral

BN Tidak Risau Penubuhan Pakatan Baru – Abdul Rahman

By 19 Ogos 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Faris Fuad

KOTA BELUD, 19  Ogos (Malaysiaaktif) — Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan berpendapat cadangan penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk mewujudkan pakatan pembangkang baru tidak akan memberi sebarang kesan kepada perjuangan BN.

“Kita tidak akan terjejas dengan apa pun tindakan parti pembangkang, sama ada pembangkang mahu mengambil semangat Semangat 46 dahulu, Angkatan Perpaduan Ummah dan Pakatan Rakyat, tidak akan menyakitkan kepala kami dalam BN” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri mesyuarat khas bencana di Pejabat Daerah Kota Belud, Sabah semalam.

“Yang penting kepada BN ialah meneruskan tradisi berkhidmat kepada rakyat dan memastikan keselamatan dan kestabilan ekonomi dan perpaduan sebagai teras utama,”

Beliau juga yakin pelancaran parti Gerakan Harapan Baharu (GHB) yang dipercayai akan dirasmikan 31 Ogos ini akan gagal seperti mana parti-parti sebelum ini.

“Jadi, PAS tidak akan terjejas, UMNO juga tidak akan terjejas. Insya-Allah, GHB akan terkubur seperti mana harapan (parti-parti) lain sebelum ini.

Beliau yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut menjangka GHB tidak akan dapat menarik perhatian anggota PAS dan UMNO untuk bersama-sama memperjuangkan agenda mereka.

Ia susulan anggota kedua-dua parti berkenaan mempunyai integriti dan prinsip manakala objektif keanggotaan GHB adalah seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR).

 

 

Tinggalkan komen anda