Skip to main content
HomeViral

SPRM, PDRM Tidak Sepatut Bermusuhan, Tapi Profesional

By 11 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Malaysiaaktif) — Tiada tangan ghaib dalam penyiasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Berikutan itu, Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Akhbar Satar berkata rakyat perlu yakin dengan kredibiliti SPRM dalam menjalankan siasatan kes rasuah, terutama yang berprofil tinggi.

Beliau berkata, rakyat tidak perlu berasa sangsi dengan pendirian dan ketelusan SPRM kerana kuasa mutlak terletak pada tangan Peguam Negara.

Menurut beliau, SPRM hanya bertindak mengumpul maklumat apabila aduan diterima, dan mereka tidak mempunyai kuasa dalam membuat pendakwaan.

Sementara itu, mengulas mengenai keputusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangguhkan sementara siasatan ke atas pegawai SPRM berhubung kes kebocoran maklumat, Akhbar berkata, tindakan itu wajar berikutan persepsi dan andaian yang timbul di kalangan rakyat.

Beliau berkata SPRM dan PDRM tidak sepatutnya bermusuhan, dan di sebaliknya perlu berpendirian profesional dalam menjalankan tugas masing-masing.

Akhbar berkata demikian dalam program Ruang Bicara Bernama TV pada Isnin.

 

Tinggalkan komen anda