Skip to main content
HomeViral

13 Lagi Orang Asli Melanjutkan Pelajaran di Luar Negara

By 11 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

PUTRAJAYA, 11 September (Malaysiaaktif) – “Buang rasa rendah diri dan sentiasa berani mencuba untuk belajar setinggi mungkin agar kita dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap orang Asli.”

Demikian kata Nor Zulaiha Rahim, 22 tahun, pelajar dari suku Jakun yang akan melanjutkan pelajarannya di Universiti Northumbria, United Kingdom bermula Ahad ini.

Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri tahun ini seramai sembilan pelajar orang Asli akan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah sarjana dan sarjana muda di United Kingdom, tiga di Australia manakala seorang di Amerika Syarikat.

Beliau ditemui dalam Majlis Ramah Mesra bersama Pelajar Orang Asli bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2015 di Putrajaya pagi tadi.

Beliau berasa amat bangga apabila sejak 2011, jumlah pelajar orang Asli yang berjaya melanjutkan pengajian ke luar negara bertambah kepada 53 orang, selain statistik sehingga kini mencatatkan lebih 3500 yang telah menggenggam ijazah sarjana muda, 30 ijazah sarjana, sementara empat memperoleh PhD.

Hal ini membuktikan keberhasilan peruntukan bantuan tahunan berjumlah RM13.58 juta untuk pengangkutan, RM4.37 juta untuk wang saku sementara RM208 248 untuk yuran pelbagai demi memastikan pendidikan terbaik diberikan kepada masyarakat orang Asli.

Dalam majlis yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) berupa komputer riba dan wang saku sebanyak RM2 000 kepada para pelajar.

 

Tinggalkan komen anda