Skip to main content
EkonomiHomeViral

Inisiatif 1MET Untuk Usahawan Muda

By 11 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Hisham Shah

PUTRAJAYA, 11 Sept (Malaysiaaktif) – Kepada belia yang bercita-cita menjadi usahawan untuk meneroka peluang dalam bidang perniagaan, mereka boleh menghadiri Program Keusahawanan 1 Malaysia Entrepreneurs (1MET), Sabtu dan Ahad ini di Grand Ballroom MITC, Melaka bermula 9 pagi hingga 6 petang.

1MET yang dianjurkan oleh Kementerian Kewangan merupakan salah satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan / National Blue Ocean Strategy (NBOS 9).

Ia adalah inisiatif kerajaan untuk membangunkan usahawan seramai 5,000 orang bagi setiap tahun yang melibatkan 21 siri di seluruh negara.  ‘Bootcamp’ ini memperkenalkan konsep asas keusahawanan kepada semua.

Antara aktiviti yang disediakan sepanjang program ini termasuk,  kursus  keusahawanan percuma, bimbingan dan panduan daripada pakar, serta program Klinik ER360. ER360  yang dikendalikan oleh Women Entrepreneur Network (WENA) memberikan pelbagai khidmat nasihat kepada usahawan mengenai pendaftaran syarikat, promosi dan pemasaran, pembiayaan dan sebagainya.

Mereka yang berminat mengikuti program ini, mereka boleh mendaftar secara atas talian di laman sesawang www.1met.org atau secara “walk-in” semasa program berlangsung pada 12 September 2015. Penyertaan terbuka kepada mereka yang berumur 18-40 sahaja.

 

Tinggalkan komen anda