Skip to main content
EkonomiHome

427 Unit Pangsapuri Mampu Milik Dilancarkan

By 14 September 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 14 September (Malaysiaaktif) – Sejumlah 427 unit pangsapuri Residensi Razakmas berharga RM198 000 seunit dilancarkan hari ini.

Berkeluasan 800 kaki persegi, pangsapuri setinggi 41 tingkat yang merupakan  projek ke-empat di bawah Dasar RUMAHWIP dengan kerjasama Syarikat Aset Kayamas Sdn. Bhd. ini dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air.

Pelancaran fasa Bandar Tun Razak dirasmikan oleh Datuk Tengku Adnan Mansor pagi tadi.

Menurut Adnan, projek rumah mampu milik bagi rakyat berpendapatan rendah dan sederhana ini dilengkapi masjid, sekolah, bank, hospital, LRT, komuter dan taman tasik.

Tambahnya, projek ini merupakan inisiatif kerajaan yang menyasarkan pembangunan sebanyak 80, 000 unit rumah di seluruh Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) dalam tempoh lima tahun.

Bagaimanapun, semua pembeli RUMAHWIP terikat kepada syarat tidak membenarkan unit mereka dijual selama 10 tahun.

Dalam majlis yang sama, beliau turut menyempurnakan sesi pengundian nombor unit pembeli.

 

Tinggalkan komen anda