Skip to main content
EkonomiHomeViral

Anina Akan Saman Ku Nan Kerana Dipecat

By 3 September 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Oleh Jennifer Duis

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Malaysiaaktif) — Anggota UMNO Langkawi Anina Saadudin, yang memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung derma berjumlah lebih 700 juta dolar Amerika ke dalam akaunnya kini mempersoalkan pemecatannya daripada parti itu.

Anina, yang turut menyebut tentang kesilapan dalam surat pemecatan berkenaan berkata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan tidak berhak memecat beliau dari parti itu.

Ketika membacakan kenyataan beliau kepada media hari ini, Anina turut menjelaskan bahawa alamat beliau dalam surat itu juga dieja salah.

Anina, melalui peguamnya, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, menamakan Najib dan Setiausaha Eksekutif UMNO Datuk Abdul Rauf Yusof sebagai defendan dalam saman itu.

Berikutan tindakan itu, UMNO memecat beliau dari parti pada Selasa.

Tengku Adnan berkata keanggotaannya secara automatik dihentikan kerana beliau membawa isu parti ke mahkamah.

Anina juga mahukan Tengku Adnan menarik balik surat pemberhentian beliau itu dalam tempoh tiga hari.

‘Jika gagal berbuat demikian, saya berhak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana melanggar peraturan parti dan kegagalan melindungi aset-aset UMNO,” katanya sambil memaklumkan bahawa surat tuntutan telah dihantar kepada Tengku Adnan.

Beliau berkata adalah menjadi satu tindakan salah laku bagi pihak parti membenarkan surat sebegitu kepada awam.

“Lagi pun, bagaimana mereka boleh membuat kesimpulan bahawa saya telah kehilangan keanggotaan dengan serta merta memandangkan surat-surat tersebut menyatakan dua tarikh berasingan?” tambahnya lagi.

Anina tegas dengan pendiriannya bahawa saman terhadap Najib bulan lepas adalah disebabkan tanggungjawab sebagai anggota parti.

‘Tuntutan dalam tindakan saman saya ialah terhadap pelaku (presiden UMNO) Datuk Seri Najib Abdul Razak dan bukan mengenai hal ehwal parti mahu pun hak saya sebagai ahli.

“Tengku Adnan tidak berhak memecat saya dari parti, seperti mana terkandung dalam pernyataan tuntutan. Ahli-ahli Majlis Tertinggi, termasuk beliau bersubahat dengan pesalah laku, ” katanya.

Anina berkata beliau disokong “berjuta orang” dan bimbingan Allah dalam mengemukakan saman terhadap Najib.

‘Jika anda sayang UMNO, anda perlu takut kepada Allah dan fikir tentang anak-anak anda. Mengapa takut?’ katanya.

Beliau juga menolak kemungkinan menyertai parti pembangkang, kerana cintanya terhadap UMNO masih ‘kekal’.

Tinggalkan komen anda