Skip to main content
HomeViral

Festival Filem Malaysia Ke-27: Yuna Menang Lagu Terbaik

By 3 September 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

KUALA LUMPUR, 2 September (Malaysiaaktif) – Sebanyak 10 kategori telah diketahui pemenangnya sempena Majlis Perasmian Festival Filem Malaysia (FFM) 27 yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Jailani Johari, di Symphony Lake Suite KLCC malam tadi.

Menurut Jailani, filem tempatan kini lebih banyak genre seram dan cinta. Dengan dana khas kerajaan beliau berharap pengeluar filem dapat menghasilkan lebih banyak filem bermutu, seperti Bukit Kepong supaya generasi Y dapat menghargai sejarah pembentukan Malaysia.

 

ffm2

 

Pada Majlis Perasmian FFM 27, lagu Lautan nyanyian Yuna menerusi Filem Lagenda Budak Setan 3 dinobatkan sebagai Lagu Tema Asal Terbaik FFM27.

Sembilan lagi anugerah turut telah disampaikan kepada pemenang;

1. Kesan Khas Terbaik
Filem: Seventh
Pemenang: Mirage Works

2. Pereka Busana Terbaik
Filem: Hungry Ghost Ritual
Pemenang: Elaine Ng dan Wing Shum

3. Penataan Bunyi Terbaik
Filem: Hungry Ghost Ritual
Pemenang: Winson Poon

4. Penataan Seni Terbaik
Filem: Lelaki Harapan Dunia
Pemenang: Tunku Mohd Taufek/ Tunku Tommy Mansur

5. Filem Pendek Terbaik
Filem: Salvaj
Pemenang: Cho We Jun

6. Filem Animasi Cereka Terbaik
Filem: Ribbit
Pemenang: KRU International Sdn. Bhd.

7. Filem Animasi Bersiri Terbaik
Filem: Rimba Racer
Pemenang: Glue Studio Sdn. Bhd.

8. Skor Muzik Asal Terbaik
Filem: Manisnya Cinta di Cappadocia
Pemenang: Ooi Su Lyn & Teoh Eng Hooi

9. Penggiat Belakang Tabir
Pemenang: Mariam Ibrahim

Turut memeriahkan majlis, Dayang Nurfaizah, Azharina, One Forteen, Along Cham dan Zulin Aziz.

Bertemakan #sehatisejiwa dengan fesyen batik, malam kemuncak anugerah FFM27 bakal berlangsung di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre pada Sabtu ini jam 9 malam.

 

ffm3

 

Tinggalkan komen anda