Skip to main content
EkonomiHomeViral

PM: Hindari Sikap Suka Makan Gaji, Usaha Lebih Kreatif, Inovatif

By 3 September 2015Mac 31st, 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

PUTRAJAYA, 3 September (Malaysiaaktif) – Sebanyak 700 usahawan berserta 61 pempamer memenuhi ruang legar Presint 3 di sini bagi memeriahkan Karnival Usahawan Desa (KUD 2015) anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bermula semalam.

KUD 2015 yang berlangsung untuk kali ke-enam ini platform untuk memperkenalkan, mempromosi produk dan perkhidmatan usahawan luar bandar.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri, dua program baharu diperkenalkan, iaitu Desa Lestari dan Rural Business Challenge.

KUD 2015 mempromosikan kabin chalet sebagai ‘iconic product’ bagi pelancongan desa yang menawarkan kos penginapan yang rendah.

 

IMG_1428

 

Tambahnya, inisiatif yang bermula sejak 2013 ini mempunyai 42 kabin chalet dengan 59 buah lagi akan disiapkan tahun ini melibatkan 10 buah kampung Desa Lestari di Perak, Pahang, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor.

Program Rural Business Challenge (RBC) menjadi penarik minat golongan belia memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya.

Sementara itu, Muhammad Akmal Mohamed Dahlan dipilih sebagai pemenang utama pertandingan RBC dengan hadiah bernilai RM1.5 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang merasmikan KUD 2015 menegaskan meskipun menghadapi kemelut ekonomi dunia, yang sedikit sebanyak mencengkam nilai mata wang dan pendapatan negara, beliau tetap memberi jaminan bahawa pembangunan luar bandar akan terus kekal sebagai keutamaan kerajaan.

Beliau menyarankan masyarakat supaya keluar daripada kepompong minda makan gaji semata-mata, tetapi sebaliknya berdepan dengan cabaran untuk menjana pekerjaan melalui usaha lebih kreatif dan inovatif.

KUD 2015 akan berlangsung sehingga 6 September ini.

 

Tinggalkan komen anda