Skip to main content
HomeViral

Hadi: PAS Masih Kuat, Tidak Perlu Menyertai PAN

By 9 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Faris Fuad

KUALA TERENGGANU, 9 Sept (Malaysiaaktif) – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpendapat partinya masih kuat dan tidak perlu menyertai Parti Amanah Negara (PAN) yang kini masih dalam proses untuk didaftarkan.

Beliau berkata pihaknya harus lebih tegas dan lebih berhati-hati dalam menangani isu sebegini.

“Sehingga ini PAS dengan tegas tidak menerima parti baharu itu dan konsisten dengan pendirian selama ini,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu semalam.

Dalam pada itu, Hadi memaklumkan bahawa beliau masih belum membuat sebarang keputusan berkaitan penyertaan anggotanya dalam perhimpunan ‘Baju Merah’ pada 16 Sept ini.

“Pas akan melihat dulu apa agenda himpunan tersebut.

“Jika ianya himpunan atas nama Melayu Islam bersatu , tidak salah untuk kita menyertainya demi perpaduan Melayu Islam,” katanya.

Sebelum ini, Hadi berkata beliau akan selidik laporan Badan Perhubungan PAS negeri dan PAS Pusat sebelum mengambil tindakan terhadap gesaan Anggota Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad untuk meletakkan jawatan selepas menyertai PAN.

 

Tinggalkan komen anda