Skip to main content
EkonomiHomeViral

Tiada Lagi Bayaran Tunai di Tol Lebuhraya Gombak, Bentong

By 9 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

GOMBAK, 9 September (Malaysiaaktif) – Presiden ANIH Berhad, Datuk Azmil Khalid melancarkan 100% penggunaan sistem tol elektronik (ETC) di Lebuhraya Gombak dan Bentong yang merupakan laluan utama Lebuhraya Karak bermula 12 tengah hari tadi.

Menurut beliau, lebih 100, 000 pengguna jalan Pantai Timur itu dikehendaki menggunakan kad Touch ‘n Go atau Smart Tag dalam usaha memenuhi inisiatif kerajaan mahu mempraktikkan ETC di seluruh Malaysia demi kelancaran perjalanan.

Bagi memudahkan pengguna, kaunter tambah nilai dan Pusat Perkhidmatan Pelanggan juga akan dibuka sembilan hingga 15 jam sehari.

Pihak ANIH juga menawarkan 30, 000 kad Touch ‘n Go berharga RM5 setiap satu, sementara setiap Smart Tag berharga RM99. Promosi ini berlangsung di semua kaunter tol Gombak dan Bentong.

Timbalan Presiden ANIH, Radzimah Mohd Radzi yang ditemui menyatakan “isu pekerjaan jurutol masih relevan tidak perlu timbul kerana pihak ANIH masih memerlukan khidmat mereka di setiap lorong tol bagi mengambil transaksi jenis kelas kenderaan yang lalu.

“Jika sistem kita telah ditukarkan kepada sistem teknologi baharu, jenis kelas kenderaan boleh dimasukkan ke dalam tag untuk e-tolling , dan mereka akan serap masuk ke bahagian lain yang sesuai dengan kelayakan dan pengalaman mereka,”

Rata-rata pengguna yang ditemui di Lebuhraya Gombak menunjukkan reaksi positif terhadap penggunaan ETC ini.

 

Tinggalkan komen anda