Skip to main content
HomeViral

Tiga Juta Jemaah Haji Wukuf Hari Ini

By 23 September 2015September 26th, 2015Tiada komen1 minit bacaan

ARAFAH –  Tiga juta umat Islam dari seluruh dunia, termasuk lebih 22,000 jemaah Malaysia berhimpun di Padang Arafah pada Rabu bagi menunaikan wukuf yang menjadi rukun ibadat haji.

Berwukuf adalah kemuncak ibadat haji dan semua jemaah haji perlu berada di bumi Arafah pada hari ini.

Jemaah haji dari Malaysia meninggalkan kota Makkah secara berperingkat mulai tengah hari Selasa.

wukuf1
Kesesakan lalu lintas yang dianggap ketara berikutan pergerakan jemaah ke Arafah bagaimanapun tidak terlalu serius kerana hanya mengambil masa kira-kira satu hingga dua jam untuk tiba di Arafah.

Ketika berita ini disiarkan iaitu sekitar pukul 7 pagi (waktu Arab Saudi) semua jemaah baru saja menikmati sarapan selepas menunaikan solat Subuh di khemah masing-masing.

wukuf2

Di maktab 68 yang menempatkan kira-kira 4,000 jemaah dan sebahagian besar dari Malaysia dan Indonesia.

Pengisian seperti tazkirah, solat sunat dan membaca al-Quran antara aktiviti jemaah sementara menunggu masuk waktu wukuf pada jam 12.30 tengah hari ini.

wukuf3

Dengan suhu mencecah 45 darjah Celsius,  jemaah dinasihatkan agar minum banyak air dan mengehadkan aktiviti di luar khemah untuk menjaga  kesihatan.

Tinggalkan komen anda