Skip to main content
HomeViral

Tutup Sekolah Jika IPU Melebihi 200 – Kementerian Pendidikan

By 14 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Faris Fuad

PUTRAJAYA, 14 Sept (Malaysiaaktif) – Kementerian Pendidikan menyarankan pihak sekolah supaya ditutupa sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan melebihi 200.

Dalam pada itu, mereka juga harus menghentikan semua aktiviti luar darjah apabila bacaan IPU dilaporkan melebihi 150.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu hari ini, para pengetua diingatkan supaya memakumkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri sekiranya sekolah perlu ditutup.

“Pihak sekolah perlu menghubungi ibu bapa murid-murid yang menghadapi masalah kesihatan semasa di sekolah akibat fenomena jerebu serta merujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau klinik kesihatan berdekatan,” menurut kenyataan itu lagi.

Kementerian Pendidikan berkata mereka akan entiasa memantau status terkini IPU di kawasan-kawasan terbabit bagi menghindar sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Untuk maklumat lanjut mengenai bacaan IPU terkini, orang ramai boleh melayari laman web Jabatan Alam Sekitar di www.doe.gov.my.

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda