KUALA LUMPUR, 23 Okt (Malaysiaaktif) — Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) Datuk Seri Idris Jusoh menyifatkan bajet 2016 sebagai mencabar memandangkan pengurangan hasil petroleum dan keadaan ekonomi dunia yang kurang menentu.
“Syukur kerajaan masih mampu berfungsi dgn baik.
“Keseluruhan Bajet untuk KPT berjumlah RM13,378,317,000, berkurangan 15.25 peratus, tapi Insha Allah kita terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.
“Ini juga akan mengajar KPT untuk menjadi lebih efisien dalam melaksanakan program-program kami.
“Penekanan kpd TVET dengan peruntukan keseluruhan bajet akan membantu politeknik dan juga Kolej Komuniti.
“Pengekalan bajet PPRN (Public Private Research Network) akan membantu penyelidikan untuk IKS seluruh negara dan menggalakkan pengkomersialan penyelidikan.”
Idris berkata demikian kepada Malaysiaaktif semalam.