Skip to main content
HomePahangViral

Tanah Runtuh Lebuh Raya Karak, Kenderaan Tertimbus

By 11 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 11 NOV —  Laluan kedua-dua arah di Lebuhraya Karak terhalang dan sesak teruk akibat kejadian tanah runtuh.

“Ia berlaku di KM52.2 di Bukit Tinggi. Ia banjir lumpur. Jadi laluan di kedua-dua arah terhalang akibat tanah runtuh,” kata juruhebah trafik Kumpulan Radio Star, Priscilla Patrick.

Buat masa ini, trafik menghala ke Kuala Lumpur terhalang sepanjang 3km dengan kesesakan sepanjang 1km menuju ke Bentong.

“Saya baru sahaja bercakap dengan pegawai. Terdapat beberapa kereta yang tertimbus dalam insiden itu, jadi keadaan nampak teruk.  Ia tidak akan dibersihkan sehingga tengah malam, saya fikir ia akan berterusan sehingga pagi,” katanya.

Sebagai laluan alternatif, pengguna jalan raya boleh keluar di Bukit Tinggi atau Bentong atau menggunakan jalan utama untuk mengelak kesesakan.

 

– MS

 

Tinggalkan komen anda