Skip to main content
HomeViral

Penutupan Jalan Sempena Sidang Kemuncak Asean Ke-27

By 18 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Hisjam Shah (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 18 Nov (Malaysiaaktif) – Beberapa jalan di ibu negara akan hanya ditutup pada 22 November bagi memberi laluan kepada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 Ahad ini.

Menurut Bilik Gerakan Trafik Kuala Lumpur, penutupan jalan itu akan dilakukan secara berperingkat untuk memberi laluan kepada persidangan yang akan diadakan di Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC).

laluan ditutup sempena ASEAN SUMMIT

 

Laluan akan ditutup secara berperingkat bermula pukul 7 hingga 9 pagi dan 7 hingga 9 malam. Orang ramai dinasihatkan supaya merujuk jadual tertera untuk masuk ke pusat bandar bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Antara jalan yang ditutup termasuk Jalan Binjai/Persiaran KLCC, Jalan Imbi/Jalan Sultan Ismail, Jalan Imbi/Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan/Jalan Bukit Bintang, Jalan Kia Peng/Lorong Perak, Jalan Raja Chulan/Lorong Perak, Jalan Nagasari/Jalan Raja Chulan, Jalan Sultan Ismail/Jalan Ampang, Jalan Ampang/Jalan Binjai, Jalan Sultan Ismail/Jalan P. Ramlee dan Jalan Raja Chulan/Persiaran Raja Chulan.

Pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif iaitu di Jalan Kia Peng/Jalan Stonor, Jalan Tun Razak, Lorong Lumba Kuda, Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Raja Chulan/Tun Perak, Jalan Hang Tuah dan Jalan Pudu.

 

Tinggalkan komen anda