
Klip yang dipostkan di beberapa buah laman web dan media sosial sejak pagi semalam kini mendapat beribu komen dan di kongsi dengan meluas.
Kejadian difahamkan berlaku dalam sebuah surau di sebuah sekolah yang belum dikenal pasti.
Sepanjang video tersebut, kesemua pembuli dilihat bergilir-gilir mengelilingi mangsa dan memukulnya di bahagian leher dan belakang.
Pembuli yang kebanyakan kelihatan lebih kecil daripada mangsa turut menyembur mangsa dengan air dan menonyoh mulutnya dengan stokin sebelum mengheret bahagian kakinya.
Ketawa juga didengar dalam video itu, sementara tiada seorang pun budak lelaki lain yang menyaksikan kejadian tampil untuk menolong mangsa.
Pada satu ketika seorang pembuli memegang tangan mangsa sementara seorang lagi menendangnya di bahagian perut berkali-kali. Ini berlaku banyak kali sepanjang durasi video berkenaan.
Menjelang bahagian akhir video, kumpulan pembuli dilihat memukul mangsa menggunakan tukul kecil dan kemudian naik ke belakangnya dan terus memukul.
Sesiapa mempunyai maklumat tentang insiden tersebut digesa membuat laporan kepada pihak polis.