Skip to main content
EkonomiHomeViral

100,000 Buku 1MDB: Siapa Kata Tidak Dijawab akan Diterbitkan

By 7 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Malaysiaaktif) – Buku 1MDB: Siapa Kata Tidak Dijawab edisi ke-2 dilancarkan secara eksklusif di Konvensyen Penerangan Generasi Muda Malaysia 2015 yang berlangsung di Hotel Sunway Putra petang tadi.

Menurut Pengerusi 1MDB, Arul Kanda pihak Jabatan Hal Ehwal Khad (JASA) mula menerbitkan sebanyak 50,000 naskhah, tetapi disebabkan permintaan yang tinggi, saya rasa 75,000 hingga 100,000 naskhah akan diterbitkan.

 

IMG_4891

 

Tambahnya, edisi pertama telah diedarkan sejak Januari lalu. Buku edisi ke-2 ini mengandungi pelbagai soalan dan jawapan yang menggunakan fakta serta grafik yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.

“Kami amat berterima kasih kepada pihak JASA kerana mengambil berat tentang isu 1MDB dengan menerbitkan buku yang sebegitu baik seperti ini,” kata Arul kepada media selepas selesai sesi soal jawab dengan peserta konvensyen yang berlangsung selama dua jam.

Konvensyen Penerangan Generasi Muda Malaysia berlangsung selama dua hari bermula hari ini. Upacara penutupan akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) esok.

 

Tinggalkan komen anda