Skip to main content
HomeViral

Suspek Direman 4 Hari, Dipercayai Bakar Kereta Kerana Cemburu

By 22 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Malaysiaaktif) – Seorang lelaki direman empat hari kerana dipercayai terlibat dalam kes kebakaran di kawasan letak kenderaan bersebelahan Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Taman Jaya.

Individu tersebut dipercayai telah membaling ‘molotov cocktail’ di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din memaklumkan tempoh reman tersebut telah disahkan Mahkamah Petaling Jaya pagi tadi.

Jelasnya, individu terbabit berusia dalam lingkungan 20-an dan merupakan suspek utama dalam kejadian semalam yang turut membabitkan enam buah kereta.

“Suspek direman empat hari bermula semalam, bagi siasatan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suspek tersebut ditahan kira-kira pukul 11 malam di Petaling Jaya semalam.

Insiden itu mungkin berpunca daripada sikap cemburu kerana isteri suspek dilihat keluar bersama pemilik kawasan tempat letak kenderaan itu.

Suspek dipercayai dalam proses penceraian bersama isterinya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan berikutan penyalahgunaan bahan api.

 

Tinggalkan komen anda