Skip to main content
HomeViral

Trafik Beberapa Lebuhraya Utama Mulai Perlahan

By 25 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 25 Dis — Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan mulai perlahan setakat 12 tengah hari berikutan peningkatan kenderaan bersempena cuti panjang iaitu Hari Krismas pada Jumaat dan cuti hujung minggu.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Plus Expressways Sdn Bhd berkata trafik dilaporkan perlahan dari Plaza Tol Juru menuju ke Sungai Dua, akibat kemalangan yang berlaku di Km132.6 lebuh raya berkenaan.

“Trafik perlahan di kedua-dua arah, lain-lain lokasi bagaimanapun dilaporkan lancar dan terkawal.

“Manakala bagi arah Selatan trafik perlahan dari Senai menuju ke Sedenak,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik menuju ke Timur di plaza tol Gombak dilaporkan bergerak perlahan.

“Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan lain-lain bagaimanapun masih lancar dan terkawal,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

 

Tinggalkan komen anda