Skip to main content
HomeViral

Trafik Lebuh Raya Utama Dijangka Sesak Sebelah Petang

By 27 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 27 Dis — Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar pada pukul 9 pagi ini namun dijangka meningkat pada 2 petang nanti.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara Selatan Bhd  memberitahu Bernama, aliran trafik di kedua-dua arah utara dan selatan khususnya menuju ibu kota masih lagi terkawal.

Sementara itu, jurucakap dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan tiada kesesakan dilaporkan berlaku di lebuh raya utama lain termasuk Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

 

Tinggalkan komen anda