Skip to main content
EkonomiHomeViral

“Tun Mahathir Pun Buat Perkara Yang Sama” – Ku Nan

By 8 Disember 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Malaysiaaktif) – Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan sumbangan derma politik tidak pernah didedahkan sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad memegang jawatan presiden Umno.

Beliau yang juga dikenali sebagai Ku nan mempersoalkan tindakan bekas presiden itu yang tidak henti mengetengahkan isu duit sumbangan RM 2.6 billion kepada Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah pun dijelaskan berulang kali sebagai dana parti.

Jelasnya, sumbangan seperti itu diamalkan semua parti dalam negara termasuk pihak pembangkang.

“Satu perkara yang sangat sedih sekali berkenaan kenyataan Tun Mahathir, kononnya hendak tahu kenapa duit RM2.6 bilion itu tidak dimasukkan ke dalam akaun Umno. Daripada dia (Tun Mahathir) dulu pun, waktu itu saya setiausaha kerja, kita tidak pernah laporkan duit derma dalam penyata kira-kira.

“Penyata kira-kira yang perlu dilaporkan sahaja. Bukan sahaja Umno, pembangkang juga tidak laporkan daripada mana sumber mereka dapat. Jadi kenapa bangkitkan soalan-soalan begini,” katanya ketika dalam satu sidang media di PWTC hari ini.

Ku Nan juga menyifatkan kenyataan Tun Mahathir dan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam sebagai melampau kerana membangkitkan isu yang sama walaupun beberapa isu terbabit telah pun dijelaskan dan diselesaikan.

“Kata sayang kepada Umno tapi apa yang agak melampau. Saya tidak faham, dia seorang negarawan. Jangan buat benda yang dulu tidak buat, sekarang minta buat.

“Sebenarnya Perdana Menteri yang juga Presiden Umno telah pun menyelesaikan separuh daripada masalah-masalah yang diutarakan.

“Saya tidak faham, kenapa mereka masih tanya, masih lagi keluarkan kenyataan sedemikian rupa,” katanya.

Terdahulu, Kunan berkata video ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis “Bersama Timbalan Presiden Umno” di Kelab Sultan Sulaiman semalamakan diteliti jawatankuasa khusus parti untuk mengkaji sekiranya wujud perlanggaran daripada aspek perlembagaan parti.

Tambahnya, hasil siasatan jawatankuasa itu kemudiannya akan dirujuk ke Lembaga Disiplin dan Majlis Tertinggi (MT) untuk tindakan lanjut.

 

Tinggalkan komen anda