Skip to main content
HomeViral

Upacara Menaikkan Sang Saka Bangsa Berlangsung Lancar

By 10 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa (PWTC)

KUALA LUMPUR,  10 Dis (Malaysiaaktif) – Perhimpunan Agung 2015 yang memasuki hari ke-3 berlangsung lancar dengan upacara menaikkan Sang Saka Bangsa UMNO oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada awal pagi tadi.

Dengan iringan lagu Bersatu, Bersedia, Berkhidmat oleh Kumpulan Koir Fakulti Muzik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Najib dilihat bersama-sama menaikkan bendera UMNO bersama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau sebelum itu, turut memeriksa perbarisan hormat UMNO dengan diiringi oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin.

Ahli perbarisan UMNO pada kali ini segak berbaju putih dan merah. Mereka terdiri daripada 50 orang wakil pergerakan Wanita UMNO, 50 orang pergerakan Putera UMNO dan 50 orang pergerakan Puteri UMNO.

Upacara kemuncak perasmian sedang berlangsung di PWTC.

 

Tinggalkan komen anda