Skip to main content
HomeViral

Undang-undang Sedia Ada Cukup Tangani Pengganas IS – Khalid

By 18 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Malaysiaaktif) – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan undang-undang sedia ada untuk membanteras semua aktiviti pengganas, termasuk Negara Islam (IS).

Tambahnya, Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara tidak akan digunakan pihaknya untuk menangani isu itu kerana ia belum diwartakan.

“Ianya belum digazetkan dan sekiranya ada kita akan gunakan.

“Kita ada undang-undang yang cukup dalam negara ini dan akan menggunakan semuanya untuk menangani IS dan kumpulan pengganas,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.

PDRM dilaporkan mempunyai Akta Pencegahan Jenayah (POCA), Akta Pencegahan Keganasan (POTA) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA), bagi menangani aktiviti keganasan militan.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpendapat masalah ekstremisme memerlukan satu pendekatan penyelesaian baru yang memerlukan komitmen semua pihak.

Perdana Menteri menegaskan pendekatan ketenteraan sahaja tidak mencukupi untuk memerangi kumpulan ekstremisme yang sengaja mencetuskan keadaan huru-hara sehingga menyebabkan peperangan.

“Ramai pihak mahu berjuang menentang militan Negara Islam (IS) yang meragut hak jutaan rakyat Syria dan Iraq. Namun, kita perlu kenal pasti bahawa masalah ekstremisme ini perlukan pendekatan baru,” katanya.

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda