Skip to main content
Home

PAU 2016: Ketiga-Tiga Sayap UMNO Mula Bersidang

By 30 November 2016Tiada komen1 minit bacaan
Foto: Bernama

 

KUALA LUMPUR 30 Nov – Ketiga-tiga sayap UMNO – Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri – mengadakan perhimpunan agung masing-masing hari ini.

Perhimpunan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 dirasmikan secara serentak malam tadi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga naib presiden UMNO yang menjalankan tugas timbalan presiden.

Ketiga-tiga perhimpunan agung itu bermula pada 8 pagi melibatkan seramai 993 perwakilan Wanita, Pemuda (992) dan Puteri (991).

Antara usul yang akan dibahaskan ialah kos sara hidup, perundangan syariah yang merangkumi penyeragaman undang-undang syariah dan pemerkasaan Mahkamah Syariah serta usaha memperkukuhkan jentera pilihan raya.

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dijadual diadakan pada 8.15 malam.

Acara sampingan yang turut berlangsung hari ini ialah Pameran Wasatiyyah dan Perjuangan, dan pelancaran Srikandi@Digital Creative Content.

 

– BERNAMA

Tinggalkan komen anda