Skip to main content
Home

Pelajar Warnai SKBBBJ Dengan Jalur Gemilang

By 19 Ogos 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Aimi Huwaina (Putrajaya)

SIK, 19 Ogos (Malaysiaaktif) – Bagi menanam rasa cinta akan negara dalam kalangan pelajar untuk memahami dan menghargai erti kemerdekaan, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya (SKBBBJ) hari ini dimeriahkan dengan pelbagai pertandingan pada Majlis Pelancaran Jalur Gemilang, di sini.

Menurut guru Sekolah Menengah Kebangsan Sik, Nurzizilawati Bohari, kedua-dua anaknya menyertai pertandingan pakaian beragam bagi mewakili Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa.

“Sejak dari awal inilah kita kena didik anak-anak menghormati negara, menyambut kemerdekaan, dengan cara macam inilah untuk mereka didedahkan,” katanya yang baru pertama kali membawa anak-anaknya menyertai pertandingan sebegini.

Guru Sekolah Menengah Kebangsan Sik, Nurzizilawati Bohari bersama anak-anaknya.

Guru Sekolah Menengah Kebangsan Sik, Nurzizilawati Bohari bersama anak-anaknya.

Bagi suri rumah, Siti Nur Husna Abdul Rashid, 28, dia menyokong minat anaknya untuk menyertai pertandingan basikal berhias sempena sambutan bulan kebangsaan.

“Anak yang nak masuk. Dari tahun lepas lagi nak masuk, tetapi tahun lepas tak bagi, tahun ini kita buatlah. Tolong anak, tak tidur satu malam jahit hiasan basikal,” kata ibu kepada empat anak ini.

Sementara itu, Mohd Amir Farhan Mohd Hidayat, dia gembira apabila berpeluang untuk menyertai pertandingan basikal berhias ini dengan bantuan serta kreativiti ibunya.

Mohd Amir Farhan Mohd Hidayat gembira berjaya menghias basikal dengan bantuan ibunya, Siti Nur Husna Abdul Rashid.

Mohd Amir Farhan Mohd Hidayat gembira kerana berjaya menghias basikal dengan bantuan ibunya, Siti Nur Husna Abdul Rashid.

Menurut Guru Besar SKBBBJ, antara pertandingan yang dijalankan ialah pertandingan pakaian beragam bertemakan kepelbagaian kaum, pertandingan mewarna bagi pelajar-pelajar pra-sekolah, tadika, dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) berdekatan serta pertandingan basikal berhias.

“Pertandingan-pertandingan anjuran SKBBBJ ini dibuka kepada beberapa sekolah berdekatan yang terdiri daripada Sekolah Kebangsan Kalai, Sekolah Kebangsaan Batu Lima, Sekolah Kebangsaan Teloi Tua, Sekolah Kebangsaan Batu Lapan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina juga kita jemput.

“Kita ada juga pertandingan mewarna bagi pelajar-pelajar pra-sekolah dan tadika, termasuk Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang berdekatan.

“Jumlah untuk pertandingan mewarna ialah seramai 100 orang, manakala pertandingan pakaian beragam seramai 30 orang, basikal berhias sebanyak 17 buah basikal,” jelasnya.

Konvoi Malaysiaku Merdeka 2017peringkat daerah Sik.

Pelepasan Konvoi Malaysiaku Merdeka 2017peringkat daerah Sik.

Majlis yang diadakan sempena ketibaan Konvoi Kembara Negaraku 2017 di Kedah ini, turut dimeriahkan dengan Konvoi Malaysiaku Merdeka 2017peringkat daerah Sik.

Turut hadir, Ahli Parlimen Sik, Dr Mansor Abdul Rahman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Mahadzir Abdul Hamid.

Tinggalkan komen anda