Skip to main content
HomeJohor

Kerajaan Sedia Bantu Pelajar

By 16 Januari 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Pelapor/ Foto: Noor Hidayah Binti Mohd Izam (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 16 Jan (MalaysiaAktif) – Lebih 1,000 orang penduduk sekitar Ayer Hitam dan Batu Pahat hadir menyaksikan pemberian bantuan kelengkapan persekolahan kepada 500 orang pelajar oleh Kerajaan Negeri Johor di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suria Perdana.

Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian melalui program Back to school dan beliau turut sama merasmikan pembukaan sekolah SMK Suria Perdana yang merupakan sekolah baru di kawasan tersebut.

“Hari ini kita meraikan seramai 500 pelajar berbilang kaum dari 15 sekolah dalam DUN Semarang yang terdiri dari dua Sekolah Menengah Kebangsaan dan 13 Sekolah Kebangsaan. Berbagai bantuan dan sumbangan diberikan kepada pelajar yang memerlukan kerana kerajaan sedar akan kepentingan pendidikan kepada anak-anak ini.”

“Kita bukan hanya memandang aspek menggilap potensi, akademik dan sahsiah rupa diri sahaja tetapi juga memandang aspek kepentingan memenuhi keperluan pembelajaran pelajar-pelajar.”

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga pendidik kerana tidak jemu mengajar dan menjaga amanah yang telah diberikan oleh ibubapa kerana menjadi penjaga anak-anak di sekolah yang berkorban masa, tenaga dan wang dalam memberi pembelajaran yang sebaiknya kepada pelajar.

Beliau turut menyeru kepada masyarakat yang berkemampuan untuk menyampaikan sumbangan kepada pihak-pihak sekolah bagi membantu menyiapkan kelengkapan persekolahan dan membantu sekolah menyediakan prasarana yang baik untuk pelajar.

“Saya rasa gembira dan berterima kasih kepada kerajaan yang telah memberi bantuan persekolahan kepada kami dan rakan-rakan.” kata Munish Kumar, 8, dari SK Ayer Hitam yang ditemui selepas penyampaian tersebut.

Turut hadir Timbalan Speaker DUN Johor, Gan Peck Cheng, Exco Hal Ehwal Islam & Pendidkan, Aminolhuda Hassan, Exco Belia, Sukan & Kebudayaan, Mohd Khuzzan Abu Bakar, ADUN Yong Peng, Chew Peck Choo dan Pegawai Daerah Batu Pahat, Zulkiflee Haji Abbas.

EM

Tinggalkan komen anda