Skip to main content
HomeJohor

Perhubungan Awam Kerajaan Lancarkan Sistem Penyampaian, Saluran Mesej Kerajaan

By 26 Februari 2019Tiada komen3 minit bacaan
 Laporan/foto: Musliha Yusof/Hamisah Sumar (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 25 Feb (Malaysiaaktif) – Kehadiran Revolusi Industri 4.0 (Industri 4.0) yang menekankan pembinaan teknologi realiti maya tanpa banyak menggunakan tenaga manusia pasti memberikan kesan terhadap pelbagai aspek kehidupan.

Jangkaan penggunaan peranti akan meningkat tinggi yang mana dapat dihat pada hari ini bahawa jumlahnya adalah melebihi manusia. Peranti yang saling berhubungan ini dipercayai mampu menjana data raya dan pengetahuan.

Ramakrishnan merasmikan Public Forum On Public Relations Toward IR 4.0 di Hotel Crystal Crown, Johor Bahru

Ramakrishnan merasmikan Public Forum On Public Relations Toward IR 4.0 di Hotel Crystal Crown, Johor Bahru

Sehubungan dengan itu, satu forum yang bertajuk Public Forum On Public Relations Toward IR 4.0 telah diadakan di Hotel Crystal Crown, Johor Bahru yang memberi penerangan tentang kepentingan perhubungan awam untuk menghadapi revolusi yang mencabar ini dan turut dihadiri oleh para pegawai dari Jabatan Penerangan Malaysia dan juga Pegawai Perhubungan Awam di Negeri Johor.

Perhubungan Awam (Public Relations – PR) merupakan satu proses pengukuhan identiti, imej dan reputasi  bagi sesebuah organisasi. Institut Perhubungan Raya Malaysia (IPRM) mentakrifkan PR sebagai satu usaha yang disengajakan, dirancang dan diteruskan untuk menjalin dan mengekalkan persefahaman antara sesuatu organisasi dengan khalayak.

Agensi kerajaan berupaya meningkatkan mutu perkhidmatan PR di negara ini yang semakin mencabar di mana ia bukan sahaja memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang komunikasi semata-mata tetapi ia juga memerlukan pengetahuan sains sosial yang luas termasuk ilmu psikologi, sosiologi, sains politik dan beberapa ilmu bantu yang lain.

Dalam konteks sektor awam, perhubungan awam kerajaan yang efektif akan melancarkan sistem penyampaian serta penyaluran mesej kerajaan secara berkesan.

Masuana, berasa amat bertuah kerana dapat menghadiri forum yang dianjurkan

Masuana, berasa amat bertuah kerana dapat menghadiri forum yang dianjurkan

Pegawai perhubungan awam, Masuana Hassim, 39, berasa amat bertuah kerana dapat menghadiri forum yang banyak menyediakan maklumat terkini dan bertepatan dihuraikan mengenai cabaran Revolusi Keempat.

“Selama ini saya kurang faham mengenai peranan kami selaku pengantara rakyat dan kerajaan dan hari ini segala kekeliruan mengenai peranan kami telah dipecahkan” ujarnya.

Siti Khadijah Ahmad, 33, yang bertugas sebagai pegawai perhubungan awam di Kolej Komuniti Pasir Gudang turut menyatakan bahawa beliau amat teruja ketika mengetahui tentang forum ini dan mengakui bahawa banyak pengetahuan mengenai peranan IPRM dalam menghadapi cabaran teknologi yang semakin canggih pada masa ini.

“Saya jangka Revolusi Perindustrian Keempat yang sedang menguasai kehidupan masa kini akan memberi impak kepada Ekonomi Digital Negara kita”, ujarnya.

Beliau percaya bahawa keupayaan berkomunikasi dengan efisyen secara lisan dan bertulis adalah kritikal dan tidak berupaya untuk menembusi gaya kehidupan terkini.

Siti Khadijah, Pegawai Perhubungan Awam Kolej Komuniti Pasir Gudang

Siti Khadijah, Pegawai Perhubungan Awam Kolej Komuniti Pasir Gudang

“Satu ketika dahulu, kita bermesyuarat bersemuka. Namun pada hari pelbagai kaedah boleh dilaksanakan untuk mendapat kata sepakat, contohnya mengadakan mensyuarat secara tele-sidang” tambah beliau lagi mengenai kepentingan menggunakan peranti pintar pada ketika ini.

Semangat kerja berpasukan, kepimpinan dan proses penyelesaian masalah perlu diselaraskan dengan baik untuk meningkatkan lagi produktiviti organisasi. Keupayaan berkomunikasi akan menjadi jambatan kepada cara penggunaan teknologi terkini.

Turut hadir menjayakan forum, Ketua Pengarah Penerangan; Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan.

EM

Tinggalkan komen anda