
Laporan/foto: Mohd Baharruddin Mohamad/Remmy Sukup (Sarawak)
MUKAH, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Masyarakat melanau menyambut Pesta Kaul menggunakan kalendar yang berlandaskan kedudukan bulan iaitu bulan pertama dikenali sebagai pengejin dan upacara kaul diadakan pada bulan tersebut.
Sambutan Kaul Balingian juga adalah sambutan Kaum Melanau yang dijustifikasikan sebagai salah satu elemen penyatuan dengan tidak mengira agama,kaum dan etnik.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)-GPS-N58 Balingian, Abdul Yakub Arbi selaku Presiden Persatuan Melanau Mukah berkata, Kaul Balingian adalah merupakan satu landasan tradisi yang penuh makna dalam kehidupan kini yang boleh mengekalkan keharmonian.
“Kaul Balingian diadakan bagi mengumpul masyarakat setempat tanpa mengira bangsa dan agama sekali gus dapat mengeratkan tali silaturahim” katanya semasa berucap pada majlis perasmian Kaul Balingian Balingian di Dewan Masyarakat Kuala Balingian di sini kelmarin.
Kaul Balingian dihadiri lebih 500 orang pengunjung dari penduduk setempat dan penduduk sekitar Mukah.
“Kaul bukan sahaja sekadar untuk menyatukan sesama Melanau malah antara berbilang bangsa, agama dan antara kawasan sama ada dari jauh ataupun dekat.
“Adat dan tradisi haruslah dipraktik dan terus dibudayakan agar sentiasa terpelihara terutamanya bagi masyarakat muda selain pengekalan identiti diri ia dapat dikenali sebagai kekayaan multi etnik terutamanya di Bumi Kenyelang Negeri yang tercinta ini,” jelasnya lagi.
Dari segi ekonomi, program seperti ini juga dapat mengalakkan kegiatan ekonomi setempat IAITU ketika Kaul sebegini golongan usahawan kecil dan sederhana di kawasan Balingian dan sekitarnya berpeluang untuk memperkenalkan produk keluaran mereka melalui jualan dan pameran.
Kaul Balingian bermula Sabtu lepas dengan acara penghantaran Serahang dan beberapa aktiviti sukan dan sukaneka.
Setiap kawasan sekitar Bahagian Mukah mengadakan acara Kaul di kawasan masing-masing sebelum Kaul Mukah 2019 diadakan sebagai penutup upacara tahunan ini.
EM