Skip to main content
HomeTerengganu

Musim Geragau Limpahan Rezeki Nelayan

By 6 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Ā Laporan/foto: Shuhaimi Ahmad

KUALA NERUS, 6 Mac 2019 (Malaysia Aktif) ā€“ Bermula awal Mac hingga akhir April setiap tahun, udang geragau atau lebih dikenali dengan udang baring di kalangan penduduk tempatan mula membanjiri kawasan pesisir pantai Terengganu.

Kesempatan ini diambil oleh nelayan untuk menangkap udang geragau di kawasan pesisir pantai menggunakan jaring atau pukat.

Udang geragau yang berwarna putih dan menjadi merah apabila dijemur, dijual oleh nelayan kepada pengusaha hasil laut di sekitar kampung Hujung Tanjung, Seberang Takir di sini untuk dijadikan udang kering dan belacan.

Saleha membungkus udang geragau yang sudah kering untuk dihantar kepada pemborong.

Saleha membungkus udang geragau yang sudah kering untuk dihantar kepada pemborong.

Seorang pengusaha hasil laut, Saleha Mat Ali berkata, ā€œmusim udang geragau memberi pendapatan tambahan kepada kami.ā€

ā€œUdang segar dihantar oleh nelayan dan akan dijemur di bawah sinaran matahari yang terik,ā€ ujar Saleha yang mengusahakan perniagaan tinggalan arwah bapa bersama adiknya, Mohd Helmi Sharif, 17, di kampung Hujung Tanjung, Seberang Takir.

Mohd Zuki menjemur udang geragau segar untuk dijadikan udang kering.

Mohd Zuki menjemur udang geragau segar untuk dijadikan udang kering.

Seorang pekerja, Mohd Zuki Mohd Awing berkata,Ā dia dibantu empat pekerja lain akan berada di kawasan jemuran agar udang itu tidak dipijak atau dirosakkan oleh binatang seperti kucing dan ternakan lain.

ā€œMasa untuk menjemur udang antara tiga dan empat jam bergantung kepada keadaan cuaca. Kesempatan musim panas ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memproses udang dan hasil laut lain,ā€ tambahnya.

Pekerja mengumpul udang geragau kering sebelum dibungkus

Pekerja mengumpul udang geragau kering sebelum dibungkus

ā€œUdang geragau yang kering akan dibungkus dan dihantar ke pasar sekitar Kuala Terengganu dan Kuala NerusĀ dengan jualanĀ secara borong berharga RM25.00 sekilogram,ā€ ujarnya lagi.

Selain udang kering, Saleha danĀ pengusaha laut lain kebanyakannya turut memproses bilis, belacan dan ikan kering.

EM

Tinggalkan komen anda