Skip to main content
Home

Pendidikan Sebagai Hak Asasi Manusia

By 3 Mac 2019Tiada komen2 minit bacaan
Laporan/foto: Noor Hidayah Mohd Izam (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 3 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 3,000 orang pelajar tingkatan lima dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dari pelusuk Selatan Malaysia membanjiri Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) Batu Pahat, Johor semalam.

Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) ‘Jom Masuk IPT 2019 Zon Selatan dianjurkan bagi memberi pendedahan mengenai jurusan yang ditawarkan oleh universiti-universiti tempatan Malaysia dan UTHM selaku tuan rumah, selama dua hari bermula semalam.

Dr. Maszlee berkata, “Hak asasi bagi seorang manusia ialah pendidikan. Tanggungjawab mana-mana institusi ialah menyediakan hak asasi tersebut bermula dari peringkat rendah, menengah hingga ke peringkat tertinggi.”

Dr Maszlee bergambar kenangan bersama hadirin yg hadir

Dr Maszlee bergambar kenangan bersama hadirin yg hadir

Tambah beliau, “Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melihat karnival Jom Masuk IPT sebagai program dari pihak kementerian yang lebih berimpak tinggi dan ini merupakan tahun ke 15 penganjuran dari KPM untuk rakyat Malaysia agar berpeluang melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi” ujarnya.

Jelasnya lagi, “Program ini akan terus menjadi pusat sehenti (One-stop center) untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.”

Sementara itu, Naib Canselor UTHM, Wahid Razzaly turut berkata “Karnival ini akan menjadi platform untuk mendapatkan maklumat yang luas, tepat dan terkini kepada pelajar sekolah.”

“Program ini merupakan saluran terbaik untuk memperkasa aspirasi kerajaan untuk meningkatkan aksesibiliti dan kredibiliti pengajian tinggi dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan dan membangunkan masyarakat berkaliber” Jelasnya dalam ucapan beliau.

Ujar beliau lagi “Usaha yang begitu besar dan kerjasama antara yang erat antara KPM dan institusi pengajian tinggi dalam segala program amat bertepatan dalam melahirkan bakat atau pelajar yang berilmu, berkemahiran, berintegriti, beretika tinggi, berkualiti serta berdaya saing”

Siti noranifah (kanan) bersama rakan hadir ke karnival jom masuk IPT

Siti noranifah (kanan) bersama rakan hadir ke karnival jom masuk IPT

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak khususnya Dr. Maszlee Malik, kerana sudi merasmikan program ini dan menyemarakan lagi semangat seluruh warga untuk terus melakukan yang terbaik dalam meningkatkan ilmu pengetahuan.

Siti Noranifah, 17, berkata dia bersekolah di SMK Bandar Ulu Tiram, Johor dan akan menamatkan persekolahan pada tahun ini. Dia menyatakan hasrat untuk menyambung pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang psikologi dan merasakan karnival ini adalah platform terbaik buat pelajar bakal lepasan SPM sepertinya untuk mencari sebanyak maklumat yang mungkin tentang keperluan jurusan dan apa yang ditawarkan oleh universiti-universiti tempatan sebelum membuat keputusan mengisi permohonan UPU kelak.

UTHM telah dipilih sebagai tuan rumah pertama dalam zon selatan yang diikuti dengan negeri Johor, Melaka dan daerah-daerah selatan di Negeri Sembilan bagi siri jelajah pada tahun ini.

Antara zon yang terlibat dalam siri jelajah sehingga hujung bulan ini termasuklah zon Sabah (Kota Kinabalu), Utara (Pulau Pinang), Timur (Kelantan), Sarawak (Kuching) dan Tengah (Selangor).

EM

Tinggalkan komen anda