Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Batik Fun Run Meriahkan Penganjuran Balik Pulau Festival

By 22 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Ahmad Faiz Mansur (Daerah Barat Daya)

BALIK PULAU, 22 Jul (Malaysiaaktif) – Larian Batik Fun Run yang diadakan pagi semalam berjaya menarik penyertaan seramai lebih 800 peserta yang diadakan di Kompleks Sukan Balik Pulau.  Larian sejauh lima kilometer ini meliputi kawasan kampung dan bendang di kawasan Balik Pulau.

Batik Fun Run diadakan sempena Program Balik Pulau Festival yang berlangsung selama tiga hari bermula 19 hingga 21 Julai 2019. Program yang julung kali diadakan di Balik Pulau itu berjaya menarik penyertaan ramai penduduk Balik Pulau amnya untuk melakukan aktiviti yang menyihatkan badan.

Larian Batin Fun Run dimulakan dengan senaman aerobik dan dilepaskan secara rasminya oleh Yang Berhormat Tuan Muhammad Bakhtiar Bin Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia yang juga merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau. Pelbagai aksi menarik dapat dilihat dimana kebanyakkan peserta memakai aksesori pakaian tambahan berasaskan batik selain t shirt rasmi Batik Fun Run berkenaan.

Sebahagian peserta yang menyertai Batik Fun Run mengenakan pakaian bertemakan batik tradisional

Sebahagian peserta yang menyertai Batik Fun Run mengenakan pakaian bertemakan batik tradisional

Semua peserta yang berjaya menamatkan larian mendapat sebuah medal yang tertera tulisan Batik Fun Run. Disamping medal pertandingan, pelbagai hadiah cabutan bertuah yang sangat menarik telah berjaya dibawa pulang peserta bertuah antaranya sebuah motosikal Yamaha Y15, tiket penerbangan, baucer penginapan di hotel mewah, kamera Go Pro dan pelbagai lagi hadiah istimewa disediakan oleh pihak penganjur.

Peserta bertuah yang mendapat hadiah cabutan bertuah sebuah motosikal Yamaha Y15

Peserta bertuah yang mendapat hadiah cabutan bertuah sebuah motosikal Yamaha Y15

Seorang peserta yang ditemui, Mohd Hafizal Bin Idris 29 tahun berkata, beliau menyertai pertandingan bersama isterinya  kerana tertarik dengan konsep batik yang diketengahkan selain hadiah cabutan bertuah yang sangat lumayan disediakan oleh pihak penganjur.

-II-

Tinggalkan komen anda