Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Wacana Merdeka Bukti Perpaduan Kaum Diterap Di Sekolah

By 14 September 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Halimah Abdul Ghani (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 14 Sep (Malaysiaaktif) – Program Wacana Kemerdekaan yang menjadi KPI bagi Kelab Malaysiaku yang ditubuhkan di sekolah adalah merupakan program yang memberi impak dalam diri pelajar bagi memupuk semangat perpaduan dan cintakan negara.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam telah mengambil inisiatif bersempena dengan Majlis Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Sekolah dengan menganjurkan pelbagai aktiviti bagi menaikkan lagi semangat patriotik di kalangan guru dan pelajar.

Pengetua, Norsiah Omar memotong kek berbentuk Jalur Gemilang sebagai simbolik perasmian program

Pengetua, Norsiah Omar memotong kek berbentuk Jalur Gemilang sebagai simbolik perasmian program

Sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan purata yang seimbang di antara Melayu, Cina dan India. Sehubungan itu, semangat perpaduan dapat dilihat dengan jelas di kalangan para pelajar dan warga sekolah melalui penglibatan dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.

Antara aktiviti yang dianjurkan sebagai pengisian majlis ialah pertandingan melukis dan mewarnakan payung bertema Kemerdekaan yang diberi nama ‘Projek Remop’, deklamasi sajak, lakonan sketsa pendek mengenai Kemerdekaan, perbarisan badan beruniform sekolah dan nyanyian lagu-lagu patriotik.

Payung yang dilukis dan diwarnakan bertema Kemerdekaan yang diberi nama "Projek Remop"

Payung yang dilukis dan diwarnakan bertema Kemerdekaan yang diberi nama “Projek Remop”

Di samping itu, guru-guru juga turut memberikan sokongan penuh dengan turut sama menghayati persembahan para pelajar serta mengibar Jalur Gemilang sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik.

Guru-guru begitu bersemangat menggayakan pakaian tradisional dan bertindak sebagai ketua bagi perbarisan badan beruniform oleh para pelajar

Guru-guru begitu bersemangat menggayakan pakaian tradisional dan bertindak sebagai ketua bagi perbarisan badan beruniform oleh para pelajar

Sementara itu, pengetua SMK Bukit Mertajam, Samsiah Omar dalam ucapan, beliau telah mengucapkan tahniah kepada urusetia atas penganjuran program pada hari ini. Program seumpama ini amat baik, meriah dan dapat diteruskan lagi di masa akan datang. Selain itu, beliau juga mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan penglibatan Jabatan Penerangan secara langsung di dalam program ini.

-II-

Tinggalkan komen anda