Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Program Sivik Jiwa Murni Erat Hubungan

By 29 Oktober 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 29 Okt (Malaysiaaktif) – Program Sivik Jiwa Murni merupakan salah satu platform penting Jabatan Penerangan Malaysia dalam usaha untuk menyemai semangat perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum khususnya kaum bukan melayu di negara ini.

Program Sivik Jiwa Murni bersama masyarakat bukan melayu Pekan Air Jernih telah diadakan di Gelanggang Bola Keranjang Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) (SJKC) Lock Khoon, Pekan Air Jernih. Program ini menjadi penghubung di antara masyarakat luar bandar dengan agensi kerajaan khususnya Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Terengganu.

Aktiviti perlawanan bola keranjang diadakan di antara persatuan ibu bapa, guru-guru, pelajar serta penglibatan dari masyarakat setempat Pekan Air Jernih dapat mengeratkan hubungan dan menjalinkan kemesraan yang erat di antara mereka tanpa mengira fahaman bahasa dan budaya.

Ceramah Dasar-dasar Kerajaan dari Pejabat Penerangan Daerah Kemaman di Program Sivik Jiwa Murni bersama masyarakat setempat Pekan Air Jernih

Ceramah Dasar-dasar Kerajaan dari Pejabat Penerangan Daerah Kemaman di Program Sivik Jiwa Murni bersama masyarakat setempat Pekan Air Jernih

Menurut guru besar, Tan Swee Ying, 59, “Kemesraan dan keakraban hubungan antara pelajar, guru, ibu bapa dan komuniti di sini begitu jelas sekali terpancar di wajah mereka. Pelajar juga dapat merasa suasana pembelajaran di luar kelas dan menghirup udara segar dengan melakukan perlawanan bola keranjang ini.”

Tan Swee Ying, Guru Besar SJKC Lock Khoon, Pekan Air Jernih, 59

Tan Swee Ying, Guru Besar SJKC Lock Khoon, Pekan Air Jernih, 59

“Program sebegini perlu di teruskan pada masa akan datang agar masyarakat di sini hidup dengan lebih harmoni di antara satu sama lain”, jelasnya.

Bagi Mohd Nazri Mohd Yusof, 38, dari Perumahan Rantau Petronas, program ini bagus untuk masyarakat di Pekan Air Jernih agar dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat lagi.

“Masyarakat perlu tahu apa fungsi dan peranan Program Sivik Jiwa Murni di bawah kelolaan Jabatan Penerangan Malaysia dengan jelas dengan adanya ceramah dasar-dasar kerajaan dari Pejabat Penerangan Daerah Kemaman.”

Penyampaian hadiah kepada para pemenang

Penyampaian hadiah kepada para pemenang

Nazri juga menggalakkan agar ibu bapa untuk memberi pendidikan bahasa lain kepada anak-anak supaya lebih senang berkomunikasi dengan masyarakat bukan melayu.

Bagi pelajar, Lim Yen Loo, 10, dari Kampung Baru Air Jernih, dia merasa gembira kerana dapat bersukan dan yang paling penting ayahnya juga dapat bermain bola keranjang bersama-sama, jelasnya.

Bagi Tengku Qaisara Amani Tengku Razi Azna, 12, dia berasa seronok dapat bermain bola keranjang bersama-sama guru dan ibubapa.

“Aktiviti sukan menjadikan badan sihat dan kuat, otak pun jadi cergas. Qaisara memang minat bermain bola keranjang”, katanya mengakhiri perbualan.

-II-

Tinggalkan komen anda