Skip to main content
Berita TengahPutrajaya

Rapid Ambil Langkah Tambahan Minimumkan Risiko Jangkitan Koronavirus

By 7 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto : Ihsan BERNAMA

PUTRAJAYA, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Rapid KL mengambil langkah tambahan bagiĀ mengurangkan risiko jangkitanĀ novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) kepada lebih satu juta penumpang bas dan kereta api harian di seluruh negara.

Dalam menjaga kesejahteraan kakitangannya, syarikat itu telah menyediakan pemeriksaan kesihatan untuk kapten atau pemandu bas mereka sebelum memulakan tugas masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd, Muhammad Yazurin SallijĀ berkata pemeriksaan kesihatan dan suhu badan ke atas kapten bas wajib dilakukan setiapĀ pagi sebagai rutin, bermula sejak minggu ketiga Januari lepas.

“Kami menyampaikan maklumat mengenai virus itu kepada kapten bas kami, dariĀ segi apa yang mereka boleh lakukanĀ dan ProsedurĀ Operasi Standard (SOP) dalam keadaan kecemasan yang melibatkan mana-mana pelanggan.

“Rutin ini dilakukan setiap pagi di semua tujuh depohĀ Rapid KL kami, termasukĀ di Rapid Penang, Rapid Kuantan, Rapid Kamunting dan Rapid Manjung,” katanya pada sidang media di Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan di sini, hari ini.

Muhammad Yazurin menjelaskan, semua kapten bas disediakan dengan topeng muka, tetapi hanya pekerja yang sihat dibenar meneruskan tugas pemanduan mereka, manakala pekerja yang tidak sihat dinasihatiĀ untuk segera mendapatkan rawatan diĀ klinik.

Selain itu, katanya pencuci pembasmi kuman tangan juga disediakan untuk penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas perantara Rapid KL dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) atau bas yang menuju ke lapangan terbang.

Langkah tambahanĀ turutĀ diambil oleh Rapid Rail, menerusiĀ Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) yang ditayangkan padaĀ monitor diĀ Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan tren monorel yang memaparkan maklumat berbentuk grafik dan maklumat terkini mengenai 2019-nCoV .

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Abdul Hadi Amran berkata semua tren dibersihkan dengan teliti semasa stesen menamatkan operasiĀ antara pukul 1.00 pagi-4.30 pagi serta antara 5.30 pagi-6.30 pagi dan pekerja pembersihanĀ akan membersihkan semua sampahĀ di kawasan stesen dan platform.

“Kebersihan tren dan kemudahan kamiĀ sentiasa menjadi keutamaan, semua pemegang tangga bergerakĀ dan panel butang lif dibersihkan tiga kali sehari, manakala tandas dibersihkan 18 kali sehari, dengan pembersihan tambahan di semua kawasan apabila adanya keperluan,” katanya.

Abdul Hadi menambah, kata, pencuci pembasmi kuman tangan turutĀ disediakan untuk kegunaan umum di kaunter kakitangan dan mereka dinasihatkan menjaga kebersihan diri apabila memasuki kawasan awam seperti stesen LRT atau MRT.

– BERNAMA

Tinggalkan komen anda