Skip to main content
Berita TimurTerengganu

PERKESO Serah Faedah Kepada Waris

By 4 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Nurul Atiqah Anum Alias/Maherah Marina Mahusin (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 4 Jun (Malaysiaaktif) – Waris kepada pemandu teksi yang maut dalam kemalangan,  Jusoh Mamat menerima Faedah Pengurusan Mayat dan Faedah Orang Tanggungan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Wisma Darul Iman, dekat sini semalam.

Anak arwah Jusoh Mamat, Mohd Yuspanizam, telah menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM 2, 000 selain Faedah Hilang Upaya Sementara sebanyak RM537.33.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar bergambar dengan penerima faedah dan Program Subsidi Upah (PSU) daripada PERKESO.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar bergambar dengan penerima faedah dan Program Subsidi Upah (PSU) daripada PERKESO.

Mohd Yuspanizam, berkata sebagai waris beliau berterima kasih kepada kerajaan Negeri Terengganu melalui Skuad PERKESO Prihatin yang telah meluluskan faedah yang selayaknya.

Katanya, PERKESO sedang berusaha menjejaki bekas isteri arwah ayahnya bagi mencari anak arwah yang berusia 21 tahun ke bawah untuk bayaran pencen bulanan sebanyak RM1, 550 sebulan.

Mohd Yuspanizam, waris Jusoh Mamat menerima cek Faedah Pengurusan Mayat dan Faedah Orang Tanggungan daripada PERKESO.

Mohd Yuspanizam, waris Jusoh Mamat menerima cek Faedah Pengurusan Mayat dan Faedah Orang Tanggungan daripada PERKESO.

Sementara itu, Pengerusi Jawatan Kuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja, Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman berkata, PERKESO dan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU), telah bekerjasama dalam membantu usahawan-usahawan Terengganu mendapat manfaat daripada Program Subsidi Upah (PSU).

“Sasaran adalah kepada golongan yang terdiri daripada pengusaha industri kecil dan sederhana seperti penjaja, peniaga kecil-kecilan, peniaga pasar malam, pekebun, petani dan sebagainya.

Wakil GP Heritage Interprise menerima bayaran Program Subsidi Upah (PSU) daripada PERKESO.

Wakil GP Heritage Interprise menerima bayaran Program Subsidi Upah (PSU) daripada PERKESO.

“Syarat mudah yang diberikan adalah segala permohonan PSU hendaklah didaftarkan oleh oleh pihak YPU sebelum diserahkan kepada pihak PERKESO.

“PERKESO dan YPU menyasarkan lebih 3,000 usahawan yang akan tampil mendaftar seterusnya melayakkan mereka menerima bayaran PSU sehingga 15 September 2020,” katanya kepada pemberita selepas selesai majlis penyampaian faedah PERKESO.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar beramah mesra dengan Pengarah PERKESO, Farihah Che Husin.

Ahmad Samsuri (kanan) beramah mesra dengan Pengarah PERKESO, Farihah Che Husin.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar turut hadir dan menyampaikan cek kepada penerima-penerima faedah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) dan Program Subsidi Upah (PSU).

-ii-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda