Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat KKTM Meriah

By 26 Ogos 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Syukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020 peringkat Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Daerah Kemaman tetap berlangsung dalam suasana meriah walaupun negara masih berdepan ancaman pandemik COVID-19.

Pengarah KKTM Kemaman Md. Khalid Mohamad, ketika ditemui berkata setiap tahun KKTM akan membuat pelancaran Hari Kebangsaan bagi memastikan para penuntut dan kakitangan sentiasa mengingati ketibaan Bulan Kebangsaan dan Hari Bersejarah, 31 Ogos nanti.

Pengarah Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Daerah Kemaman, Haji Md. Khalid Mohamad.

Pengarah Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Daerah Kemaman, Md. Khalid Mohamad.

“Sambutan pada kali ini sedikit berbeza dari tahun yang sebelumnya kerana kami di pihak pengurusan KKTM perlu akur dengan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kementerian.

“Kami mewajibkan semua yang hadir majlis pada hari ini diperiksa terlebih dahulu suhu badan mereka, memakai pelitup muka, mengekalkan penjarakan fizikal antara satu sama lain dan beberapa langkah lagi diambil bagi memastikan bukan sahaja kejayaan program pada hari ini tetapi juga tiada jangkitan COVID-19 di sini,” katanya.

Pegawai Penerangan Daerah Kemaman melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan ketika acara pelepasan Konvoi Merdeka disaksikan oleh Pengarah KKTM.

Pegawai Penerangan Daerah Kemaman melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan ketika acara pelepasan Konvoi Merdeka disaksikan oleh Pengarah KKTM.

Menurut Md. Khalid, pelbagai usaha yang diambil oleh pihak pengurusan KKTM dalam menyemarakkan Sambutan Bulan Kebangsaan dalam kalangan pelajar antaranya mengadakan pertandingan berunsurkan kemerdekaan seperti pertandingan Swafoto Merdeka, Video Patriotik dan Cipta logo Hari Kebangsaan.

Beliau yang menyempurnakan Gimik Perasmian Pelancaran Hari Kebangsaan 2020 peringkat KKTM Kemaman dan pelepasan Konvoi Merdeka turut mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Penerangan Daerah Kemaman serta kakitangan di atas kerjasama dalam menjayakan program tersebut.

Foto sekitar program berlangsung.

Foto sekitar program berlangsung.

Pelajar Diploma Plant Engineering Technology Mechanical, Muhammad Nasrul Akmal Muhammad Nizar, 20, menyeru rakan-rakan di kolej menghargai kemerdekaan yang dinikmati sekarang dengan mengibarkan Jalur Gemilang pada kenderaan masing-masing selain turut serta dalam acara yang diadakan oleh pihak pengurusan.

Gimik Perasmian Pelancaran Hari Kebangsaan 2020 peringkat KKTM disempurnakan oleh Pengarah KKTM, Haji Md khalid Mohamad.

Gimik Perasmian Pelancaran Hari Kebangsaan 2020 peringkat KKTM disempurnakan oleh Pengarah KKTM, Haji Md khalid Mohamad.

“Program sebegini amat baik diterapkan kepada para belia kerana dapat meningkatkan kesedaran mengenai perit jerih para pejuang terdahulu yang berjuang bermati-matian untuk mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah.

Pelajar Diploma Plant Engineering Tecnology Mechanical, Muhammad Nasrul Akmal Muhammad Nizar merangkap Presiden Majlis Perwakilan Pelajar.

Pelajar Diploma Plant Engineering Tecnology Mechanical, Muhammad Nasrul Akmal Muhammad Nizar merangkap Presiden Majlis Perwakilan Pelajar.

“Pengorbanan pemimpin dahulu dan sekarang dalam memacu negara ke arah yang lebih baik perlu dihargai dengan melibatkan diri dalam program-program kemerdekaan yang dianjurkan dan tidak terjebak dengan perkara-perkara yang mendatangkan impak negatif kepada diri, bangsa dan negara,” kata Presiden Majlis Perwakilan Pelajar itu.

-ii-

Tinggalkan komen anda