Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Pengusaha Kedai Gunting Tarik Nafas Lega

By 8 Februari 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rusmiza Anuar/Maherah Marina Mahusin (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Pengusaha kedai gunting rambut kini mampu menarik nafas lega apabila kerajaan membenarkan kedai gunting rambut beroperasi semula sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 mulai 5 Februari lalu.

Tinjaun Malaysiaaktif, di Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mendapati orang ramai mula mendapatkan perkhidmatan tersebut dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan.

Pengusaha kedai gunting rambut, Syukri Ismail, 45, berkata beliau berasa lega apabila kedainya dapat beroperasi semula.

“Sepanjang tempoh tidak dibenarkan beroperasi, saya terputus punca pendapatan dan terpaksa menggunakan duit simpanan yang ada sepanjang tempoh tersebut bagi meneruskan kehidupan seharian.

Pengusaha kedai gunting rambut, Syukri Ismail, 45 menarik nafaz lega apabila sektor tersebut dibenarkan beroperasi semula.

Pengusaha kedai gunting rambut, Syukri Ismail, 45 menarik nafaz lega apabila sektor tersebut dibenarkan beroperasi semula.

Katanya, beliau amat berterima kasih di atas keprihatinan pihak kerajaan yang mendengar keluh-kesah pengusaha gunting rambut untuk kembali beroperasi.

“Biarpun kehadiran pelanggan sedikit berkurangan sepanjang tempoh PKP kali ini, namun saya bersyukur kerana dapat keluar rumah mencari rezeki untuk dibawa pulang.

“Saya berharap kiranya pihak kerajaan negeri dapat mempertimbangkan pengurangan kadar sewa premis sepanjang tempoh PKP kali ini,” kata Syukri.

Manakala bagi Mohamad Zawawi Samad, 42, menzahirkan rasa gembira apabila pihak kerajaan mengumumkan kebenaran pengusaha gunting rambut kembali beroperasi.

“Saya akui PKP adalah cabaran buat kami sebagai pengusaha kedai gunting rambut, namun akur dengan keputusan kerajaan dalam menangani wabak ini.

Mohamad Zawawi Samad, 42 akui PKP adalah cabaran buatnya sebagai pengusaha kedai gunting rambut, namun akur dengan keputusan Kerajaan.

Mohamad Zawawi Samad, 42 akui PKP adalah cabaran buatnya sebagai pengusaha kedai gunting rambut, namun akur dengan keputusan Kerajaan.

“Saya terharu dengan kecaknaan pihak Kerajaan Negeri Terengganu kerana mengumumkan Insentif Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT) kepada golongan yang terkesan sepanjang PKP 2.0 ini termasuklah pengusaha kedai gunting rambut,” katanya ketika ditemui di premis perniagaannya, di sini semalam.

Bagi Zawawi, biarpun nilainya tidaklah besar, namun bantuan ini amatlah membantu golongan pengusaha kecil sepertinya.

Katanya, sepanjang tempoh PKP kali ini keluarganya menerima sumbangan bekalan makanan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Bagi pelanggan tetap, Mazlan Awang, beliau menyambut baik keputusan pihak kerajaan membenarkan kedai gunting rambut beroperasi semula dengan SOP yang telah ditetapkan.

“Selain memudahkan orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan ini, pada masa yang sama, kita dapat membantu mereka menjana pendapatan dalam situasi mencabar ketika ini dalam erti kata lain berkongsi rezeki.

Mazlan Awang, kebenaran pengoperasian kedai gunting rambut bukan sahaja memudahkan orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut, pada masa yang sama, dapat membantu mereka yang terjejas.

Mazlan Awang, kebenaran pengoperasian kedai gunting rambut bukan sahaja memudahkan orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut, pada masa yang sama, dapat membantu mereka yang terjejas.

“Saya gemar ke sini untuk mendapatkan perkhidmatan gunting rambut, selain keserasian antara pengusaha, harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan meskipun terdapat kos tambahan yang ditanggung pengusaha sepanjang tempoh pandemik ini,” katanya mengakhiri perbualan.

-ii-

Tinggalkan komen anda