
Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip / Mohd Maqdi Salleh (Tawau)
TAWAU, 12 Feb (MalaysiaAktif) – Peranan Ketua Komuniti perlu sentiasa diperkasa sebagai wadah untuk menyampaikan inisiatif dan dasar kerajaan dengan meluas sekaligus difahami oleh masyarakat terutama di kawasan luar bandar.
Justeru kerjasama ini dilihat dapat dibentuk antara Jabatan Penerangan (JAPEN) dengan pelbagai komuniti di kawasan perkampungan menerusi program Info On Wheels (IOW) yang dilaksanakan dengan pendekatan turun padang.

Azuary menyampaikan hebahan dalam program Info On Wheels.
Pegawai Penerangan Daerah Tawau, Azuary Abdul Azis berkata, pihaknya telah melaksanakann program IOW dan membuat edaran bahan penerbitan berkaitan dasar kerajaan di Kampung Jawa Kongsi 10 dan Kampung Kongsi 8 bersama jawatankuasa komuniti setempat.
“Pejabat Penerangan Daerah Tawau berkolaborasi dengan rakan strategik kami, Komuniti MADANI Kampung Jawa Kongsi 10, bagi melaksanakan sesi libat urus ini dengan objektif utama program untuk meningkatkan pemahaman serta kesedaran masyarakat terhadap info terkini kerajaan.
“Selain itu, kami berharap ketua komuniti dan ahli jawatankuasa mereka dapat berperanan sebagai ‘pempengaruh’ dalam menyebarkan maklumat bermanfaat kepada penduduk setempat,,” katanya ketika ditemui semasa program IOW di Kampung Jawa Kongsi 10 di sini pada Selasa.

Azuary turun padang bersama Nazrie (berbaju belang), bertemu masyarakat.
Sementara itu, Ketua Komuniti Kampung Jawa Kongsi 10, Nazrie Aikram Douglas, 45, percaya, program yang melibatkan penduduk akan lebih berkesan dalam memastikan maklumat disampaikan jelas dan mudah difahami.
“Program ini memberikan impak positif dalam memastikan masyarakat, khususnya di luar bandar, sentiasa mendapat akses kepada maklumat penting secara sahih dan tepat.

Azuary menyampaikan buah tangan kepada Ketua Kampung Kongsi 8.
“Kami amat berterima kasih kepada JAPEN kerana turun padang untuk menyampaikan maklumat secara terus kepada komuniti kami, ini sangat membantu penduduk kampung memahami sebetulnya apa manfaat yang kami terima sebagai rakyat,” ujarnya.
-RJ-