Skip to main content
Home

Menteri Muda Disiasat Dakwaan Rasuah/Salah Guna Kuasa

By 13 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Malaysiaaktif) — Suruhanjaya  Pencegahan  Rasuah  Malaysia  (SPRM)  menerima  satu  aduan berhubung dakwaan perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan kontrak pembinaan bangunan 16 tingkat Baitul Makmur II bernilai lebih RM250 juta.

Menurut Pengarah Bahagian Siasatan SPRM pada Rabu, bagi maksud menyiasat dakwaan itu,  keterangan seorang anggota pentadbiran yang merupakan Menteri Muda Sarawak diambil.

bakun 9

 

Beliau juga berkata, turut diambil keterangan, termasuk seorang ahli perniagaan berusia dalam lingkungan 50-an, yang merupakan pengarah syarikat terbabit dalam projek pembinaan bangunan milik Kerajaan Negeri Sarawak tersebut.

Beliau menambah, beberapa individu lain juga akan dipanggil untuk diambil keterangan.

Berikutan siasatan ini, beberapa akaun bank bernilai RM 4 juta milik Menteri Muda berkenaan telah bekukan.

Tinggalkan komen anda