Skip to main content
EkonomiHomeRencana & Pendapat

Peniaga Jujur, Pengguna Bijak Bantu Jayakan GST

By 8 Julai 2015Tiada komen3 minit bacaan

 

Oleh Mohd Ayop Abd Razid

Ā Sejak Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada 1 April lalu, pemantauan dan penguatkuasaan terus dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan KepenggunaanĀ  (KPDNKK) dan Jabatan Kastam DirajaĀ  Malaysia (JKDM) bagi memastikan tiada sebarang penyelewengan dilakukan oleh pengeluar, pembekal dan peniaga. Beberapa pemantauan dan penguatkuasaan yang dilakukan mendapati ada beberapa kesalahan dilakukan di bawah Akta GST.

Antara kesalahan yang dikesan ialah perniagaan tidak berdaftar mengenakan GST, mengenakan GST ke atas jualan berkadar sifar, peniaga berdaftar mengeluarkan invois tidak mematuhi spesifikasi, menjual barangan pada harga yang tinggi, tidak meletakkan tanda harga, tanda harga mengelirukan serta kesalahan dalam timbang dan sukat barangan.

Isu kenaikan harga yang dikaitkan dengan GST adalah isu yang paling hangat. Memang wujud Ā unsur manipulasi harga dalam kalangan peniaga untuk meraih keuntungan berlebihan. Sepatutnya, selepas pelaksanaan GST pada 1 April lalu harga lebih 500 barang menjadi lebih rendah kerana pelaksanaan GST secara langsung memansuhkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Namun, sesetengah peniaga masih menjual pada harga bercampur cukai GST dan SST menyebabkan harga sesetengah barang masih tinggi. Malah, ada juga peniaga yang mengenakan GST pada barang berkadar sifat GST.

Timbalan Pengerusi Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman pernah menyebut bahawa masyarakat dikelirukan dengan sikap segelintir peniaga kononnya barang mengalami kenaikan harga disebabkan pelaksanaan GST.

Tindakan menaikkan harga barang tanpa alasan yang wajar adalah tindakan yang tidak beretika dan ia wajar dikenakan tindakan undang-undang. Kita mengharapkanĀ  peniaga di negara ini bersikap jujur dan sentiasa mematuhi rukun dan kod etika perniagaan.

Peniaga sepatutnya mendapatkan buku Kod Etika Perniagaan Malaysia (Kod EPM) yang dikeluarkan oleh KPDNKK untuk dijadikan asas kepada amalan perniagaan beretika dalam semua bentuk perniagaan di negara ini. Menurut Menteri KPDNKK, Datuk Seri Hasan Malek, Kod Etika itu merupakan satu set nilai dan peraturan yang merangkumi peraturan yang baik atau buruk dalam operasi perniagaan. Ia adalah prinsip moral yang standard, kelakuan perniagaan yang diterima oleh komuniti peniaga dan dunia perniagaan.

Rakyat selaku pengguna harus bijak dalam menjalankan urusan pembelian dengan menyemak seĀ­narai barangan yang tidak dikenakan GST. Pengguna boleh menyemaknya dengan memuat turun aplikasi ā€˜MY Kira GSTā€™ ke dalam telefon pintar mereka.

Aplikasi itu disediakan secara percuma oleh KPDNKK untuk memudahkan pengguna menyemak harga setiap kali berbelanja. Selain itu, agensi terbabit turut menyediakan aplikasi Ez-Aduan bagi memudahkan pengguna membuat aduan mengenai apa juga penyelewengan berkaitan kepenggunaan melalui telefon pintar.

Pengguna juga harus tahu bahwa setiap barang yang dibeli dari pasara raya yang berdaftar akan ditandakan dengan ā€˜Sā€™Ā  dan ā€˜Zā€™ pada resit pembayaran. ā€˜Sā€™ bermaksud ā€˜standard rated suppliesā€™ atau pembekalan berkadar standard, manakala ā€˜Zā€™ bermaksud ā€˜zero rated suppliesā€™ atau pembekalan berkadar sifar (tidak dikenakan GST).

Setakat ini pengguna di negara ini memberikan kerjasama yang baik kepada pihak penguatkuasaan. Menurut Hasan, sejak Januari sehingga 25 JunĀ  lalu kementeriannya telah menerima sebanyak 18,078 aduan. Sebahagian besarnya melibatkan cukai barang dan perkhidmatan (GST), iaitu sebanyak 6,839 aduan.

Segala aduan yang diterima melalui Pusat Gerakan Antipencatutan, media sosial, telefon serta aplikasi telefon pintar berhubung GST akan disiasat dan mereka yang man-mana pihak yang melakukan kesalahan akan didakwa.

Kerajaan menerusi agensi terbabit akan terus memantau dan menguatkuasakan segala akta yang adaĀ  seperti Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta GST 2014, Akta Kastam 1967, Akta Timbang dan Sukat 1972, Akta Perihal Dagangan 2011,Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan beberapa akta lain yang berkaitan.

Kesimpulannya, kenaikan sesetengah harga barangan di pasaran adalah berpunca daripada manipulasi harga oleh pembekal dan peniaga. Mereka menggunakan alasan GST untuk memperdaya pengguna. Oleh itu, kita memerlukan peniaga yang jujur dan pengguna yang bijak untuk menjayakan pelaksanaan GST.

 

Tinggalkan komen anda