Skip to main content
Home

Tindakan Roboh Kuil Di Shah Alam Dihentikan Kerana Bantahan

By 8 Julai 2015Tiada komen1 minit bacaan
Oleh A.Prabagaran

KLANG,8 Julai (Malaysiaaktif) – Tindakan merobohkan kuil oleh Majlis Bandaraya Shah Alam dihentikan selepas penduduk di Jalan Batu 4, Kampung Jawa,Klang hadir membuat bantahan pagi tadi.

Syarikat Penisular Steel Galvanising selaku wakil pemilik tanah turut hadir bagi menangani tuntutan tanah tersebut apabila kira-kira 50 orang penduduk sekitar kawasan Jalan Batu 4, Kg Jawa berkumpul untuk menyuarakan bantahan.

Mengikut wakil pemilik tanah, kuil yang bakal dirobohkan ini terletak di tanah persendirian dan tanah tersebut telah diserahkan kepada pihak pemaju untuk dirobohkan melalui prosedur yang sah berlengkapkan keputusan mahkamah. Wakil pemilik tanah menyerahkan notis untuk mengosongkan tanah tersebut pada 29 Mei lepas.

Polis IPD Shah Alam Yang diketuai oleh ASP Ikmal meminta kedua- dua pihak membincangkan penyelesaian masalah dengan cara baik.

Kedua-dua pihak bersetuju memindahkan kuil tersebut ke lokasi lain, tetapi pihak pengurusan kuil memohon masa bagi proses pemindahan.

Ketua Pemuda MIC Kota Raja, Kajendaran Doraisamy berkata kedudukan tanah ini menjadi isu kerana tanah tersebut dikatakan rezab kerajaan negeri mengikut plan sedia ada.

 

Tinggalkan komen anda